|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Nov 29, 2004 9:09:57 GMT -5
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, sesetengahnya akan mengalami darah beku atau darah meroyan (blood poisoning) yang amat merbahaya di mana virusnya akan membunuh hormon wanita yang akan menyebabkan kurangnya hormon estrogen dalam badan.Ia menyebabkan wajah seseorang itu menjadi pucat,lesu dan berlaku perubahan pada struktur anggota tubuh badan.
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Dec 1, 2004 4:54:36 GMT -5
Promosi jamu perlu diperhebat Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
DI kalangan masyarakat Indonesia, pemakanan jamu adalah satu kemestian yang diamalkan khususnya kepada wanita. Jamu adalah ubat yang diperbuat daripada akar, daun serta akar pokok bertujuan menjaga kesihatan tubuh.
Pemakanan jamu bagi gadis seawal kedatangan haid pertama diamalkan secara berterusan kerana ia dipercayai mempunyai pelbagai kebaikan seperti menguatkan ketahanan diri di samping mencantikkan tubuh badan.
Dihasilkan dari pelbagai jenis rempah ratus, yang mempunyai 1,001 khasiat, jamu juga dikatakan mampu menjadikan pemakainya awet muda, sekira diambil secara berjadual seperti ditetapkan.
Kalau dulu ia mungkin dimakan secara serbuk atau dibancuh memungkinkan rasa kurang enak bagi yang pertama kali mencubanya. Memudahkan pemakaian ia kini boleh didapati dalam bentuk kapsul yang mana rasa kurang enak itu kurang lagi dirasai.
Namun begitu amalan pemakanan jamu di negara ini didapati semakin berkurangan terutama di kalangan remaja. Kalau diambil pun ia lebih menjurus kepada memulihkan kesihatan dalaman tubuh dan bukan sebagai amalan.
Umumnya bagi wanita, paling tidak jamu diamalkan ketika berpantang selepas bersalin, dan bagi lelaki sekiranya berhadapan dengan masalah sesualiti. Mungkinkah kekurangan promosi serta kehadiran makanan tambahan yang diimport kini menyebabkan pemakanan jamu semakin terpinggir?
Akur dengan perubahan gaya hidup serta wujudnya pelbagai makanan kesihatan yang sering dipromosi serta kecanggihan produk kesihatan yang mampu mengurangkan kedut pada wajah serta menggembalikan keremajaan, produk jamu, PT Nyonya Meneer tidak terkecuali berhadapan dengan kemerosotan pengamalnya.
Pengarahnya Dr Charles Saerang, berkata promosi yang kurang menyebabkan produk jamu semakin ‘terpinggir’ dek promosi yang dimainkan produk perawatan kecantikan selain masyarakat kini yang kurang berminat terhadap jamu.
Walaupun memiliki lebih 40 pengedar produk berkenaan di Malaysia, penggunaannya hanya tertumpu di kalangan wanita dan kanak-kanak yang mencapai sehingga 70 peratus menerusi produk Jamu Selepas Bersalin serta Minyak Telon untuk bayi.
“Remaja kini cenderung untuk kelihatan cantik dan hebat dengan sentuhan kosmetik, tidak menggemari sesuatu yang agak tradisional seperti makan jamu sedangkan ia perlu untuk ‘melahirkan’ tubuh sihat ceria.
“Kelahiran produk tempatan yang dikatakan hebat untuk lelaki seperti tongkat ali dan sebagainya serta kewujudan ubat kesihatan tiruan turut menurunkan jumlah pengguna jamu. Justeru memperbaiki keadaan, mulai tahun depan, kami akan merancakkan promosi dan pengiklanan.
“Ini kerana menerusi cara ini sajalah ‘khazanah’ berkenaan akan terus dinikmati generasi akan datang seperti penerangan kebaikan jamu. Di Indonesia produk ini sudah kukuh tetapi dalam memastikan ia tetap subur dan mempunyai pemakai di luar negara termasuk Malaysia, maka saya melihat promosi seperti dalam media massa adalah langkah terbaik,” katanya ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama agen PT Nyonya Meneer di ibu kota baru-baru ini.
Sementara itu, pengguna jamu, yang juga ibu kepada dua remaja berusia 16 dan 13 tahun, Dr Linda Suryadinata berkata, kebaikan jamu menyebabkan ia akan diambil sepanjang hidupnya kerana ia mampu mengekalkan kesihatannya hingga ke hari ini.
Ramuan akar kayunya memberi tenaga kepadanya menjalani kehidupan seharian, malah produk jamu bagi selepas bersalin juga diyakini mempercepatkan pemulihan anggota dalaman serta memudahkan dirinya kembali langsing.
Mengakui mengambil jamu sejak gadis, Linda yang juga seorang doktor gigi berkata, walaupun terdapat pelbagai makanan tambahan serta produk yang mampu meremajakan wajah tetapi tetap mempercayai ‘kekuatan’ jamu yang tidak dapat ditandingi produk lain di pasaran.
“Pada saya jamu itu adalah makanan tubuh bagi membolehkan ia berkerja. Tubuh juga didapati lebih bertenaga serta tahan lasak disamping kurang menghadapi penyakit. Sekiranya ingin mengekalkan kecantikan diri, makanan tubuh inilah yang perlu diutamakan terlebih dulu.
“Mengamalkan senaman, makanan seimbang serta tidak merokok dan mengambil alkohol akan memberikan hasil yang lebih baik,” katanya yang turut menyetujui bahawa langkah mempromosi jamu dapat ‘mendekatkan’ remaja dengan produk berkenaan seperti dilakukan produk makanan tambahan yang lain.
Beliau berkata, sebagai wanita, golongan ini perlu menjaga kesihatan serta penampilan diri kerana mereka perlu tenaga yang secukupnya untuk menguruskan rumah tangga. Malah mereka perlu menunjukkan diri sebaik mungkin untuk dicontohi anak-anak kerana ibu adalah idola terbaik mereka.
Isteri kepada Dr Charles itu berkata, kebaikan jamu turut diperkenalkan kepada anak gadisnya dan hingga kini mereka menggemarinya.
;D
|
|