|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Dec 1, 2004 6:13:13 GMT -5
Setiap wanita akan mengalami kegatalan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup terutamanya semasa kedatangan haid, kelembapan, kotoran dan bahan kumuhan. Kebersihan bahagian alat sulit wanita bergantung kepada kehalusan imbangan pH. Apabila faktor kebersihan, fizikal dan persekitaran terganggu, ia akan menyebabkan bau, kegatalan, keputihan dan mudah terkena jangkitan.
Statistik menunjukkan, 10 juta wanita di negara maju seperti Amerika Syarikat mengunjungi doktor hanya untuk menyelesaikan masalah ini. Masalah kegatalan juga disebabkan terlalu banyak berpuluh, alah pada sabun, produk spermisidal dan perangsang kimia, yis, virus fungus yang wujud secara semulajadi dan vaginitis (penyakit wanita).
|
|