Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Nov 29, 2004 8:42:02 GMT -5
Alam semulajadi membekalkan jutaan kebaikan kepada manusia. Sejak berzaman lamanya kita dibekalkan dengan sumber khasiat dari keajaiban ini. Jika direnung sejarah silam sejak beribu tahun sebelum masihi, manusia mengamalkan cara hidup yang berpindah randah dan pertanian adalah aktiviti yang diamalkan untuk meneruskan kehidupan di alam maya. Ini menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan adalah sesuatu yang unik dan memberi manfaat kepada manusia sejak dulu lagi. Bahkan haiwan turut mencari penawar di hutan untuk merawat luka atau kesakitan dengan mengunyah daun-daun pada tumbuhan.
Bidang perubatan tradisional diadaptasi dari ilmu alam dan semulajadi. Menggabungkan pelbagai ramuan dari jenis bunga, daun, akar juga buah yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan yang akhirnya 'diternak', dikumpul dan dijaga untuk menjadikannya tanaman yang bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan malah kecantikan.
Sekiranya masih kita ingat kisah dongeng dulu kala, kebanyakannya menceritakan tentang kemasyhuran dan kejelitaan watak utamanya yang majoriti tinggal di hutan seperti Bawang Putih Bawang Merah dan Melor dalam Batu Belah Batu Bertangkup. Juga tidak ketinggalan keayuan wajah sang Puteri dengan diapit oleh dayang rupawan dan dibantu oleh nenek kebayan yang tinggi pengetahuan tentang ramuan rahsia kecantikan.
Dari kewujudan cerita, kisah dan keunikan inilah memberikan ilham kepada Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi, untuk mengadun ramuan dari tumbuhan semulajadi untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan. Sama seperti kisah dongeng, Rozita yang sememangnya mengamalkan pemakanan herba ini, juga bertemu dengan seorang nenek yang merupakan bidan tradisional dan amat arif mengenai kebaikan dari 'kelahiran' hutan ini. Dengan bidan tersebutlah Rozita mengenali dengan lebih terperinci khasiat, kemujaraban dan kualiti sesuatu herba dalam merawat penyakit.
Di samping itu, pergaulan Rozita dengan pekerja-pekerja asing dari Lombok, Burma, Acheh, Madura, Batak dan Patani di sekitar tahun 1987 membantu meluaskan lagi pengetahuannya dalam bidang perubatan herba ini. Lalu Rozita menggabungkan kesemua ramuan dari amalan pelbagai kaum ini.
Secara amnya, formulasi ubatan herba ini adalah hasil dari keunikan alam semulajadi di mana tumbuhan herba sahaja terdiri dari 6,666 jenis yang mengandungi pelbagai khasiat yang berbeza. Dari ramuan alam ini, Rozita memprosesnya secara moden dan dijadikan dalam bentuk kapsul. Ditambah dengan kombinasi pelbagai kaedah perubatan seperti Thips Nabawi, Perubatan Sufi Beserta Doa, Perubatan Sidda, Ayurveda, Yunani dan perubatan tradisional masyarakat Asia menjadikan formulasi herba Sendayu Tinggi amat istimewa.
Kajian lanjut mengenai kualiti herba dilakukan di FRIM (Institut Kajian Perhutanan Malaysia) bahagian tumbuhan ubatan dan turut menjalankan kajian di makmal-makmal swasta. Selepas melalui beberapa peringkat kajian dan merujuk kepada Farmaseutikal Codex, British Materia Medica dan Biro Farmaseutikal Kebangsaan Sendayu Tinggi terbukti selamat digunakan.
Menjual ubatan tanpa tahu khasiatnya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Untuk mengetahui kesan dan tindak balas ubatan herbanya, Rozita menjalankan kajian ke atas dirinya sendiri, saudara mara dan sahabat handai. Walaupun sudah tahu keberkesanannya, Rozita tetap tidak berpuas hati dan mendapatkan nasihat dari pakar-pakar yang dilantik iaitu pakar Mikrobiologi dan Farmaseutikal, Prof Dr. Teow Sun Soo dari UiTM, Shah Alam yang begitu arif menilai kualiti ubat sama ada ia mengandungi logam berat, kuman berbahaya atau sebagainya. Untuk mengenali sifat herba luar negara pula, rujukan dibuat oleh Dr. Ali Raheem seorang pakar perubatan herba dan pakar perubatan Ayurveda (Ayurvedic Medical Practitioner) yang menilai tentang sifat dan kualiti herba.
Bagi menjamin kualiti herba tradisional dari pelbagai kaum ini, ia akan melalui beberapa peringkat sebelum dipasarkan. Proses pembersihan bahan mentah akan dilakukan melalui 'oven treatment' sebelum dikisar. Sesudah dikisar, ia akan dimasukkan ke dalam 'black room' untuk rawatan seterusnya dan proses terakhir adalah rawatan di bawah sinar gama yang bertujuan untuk mengekalkan kualiti dan khasiat herba tersebut.