Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Nov 29, 2004 8:49:48 GMT -5
Set ini bukan sahaja mujarab untuk menguruskan badan, malah kombinasi 3 ubatan herba ini membantu memulihkan penyakit dan membentuk tubuh badan serta mengelak dari mengelambir setelah kurus. Tiada cirit-birit yang akan menyebabkan usus perut menjadi luka dan menjadi punca kepada ulser perut.
Slimmertique
Membantu membentuk tubuh badan supaya tidak mengelambir setelah kurus. Oleh itu, selepas mengalami perubahan dan perut tidak buncit, hanya perlu mengambil Slimmertique sahaja, tanpa 1001 Lucidum dan Garlic Plus.
1001 Lucidum
Produk ini digunakan untuk membantu sistem imuniti agar lebih lancar dan membekalkan protein imunologi untuk membaik pulih. Secara amnya, 1001 Lucidum bukan setakat membantu menguruskan dan membetulkan sistem dalaman badan malahan dapat membantu pelbagai jenis masalah kesihatan.
Garlic Plus
Bertindak sebagai ejen aktif yang membakar, memecah dan membuang lemak yang berlebihan serta mengimbangi asid hidroklorik dalam perut.
Cara Pengambilan
Minggu Pertama:
1001 Lucidum : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
Garlic Plus : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
(Pada peringkat awal ini,proses melancarkan peredaran darah berlaku di mana pemecahan lemak,angin dan lendir yang berlebihan sedang bermula.Maka proses untuk menguruskan badan lebih mudah.
Minggu Kedua & Seterusnya:
1001 Lucidum : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
Garlic Plus : makan 2 biji kapsul 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam.
Slimmertique : makan 2 biji kapsul 3 kali sehari 1/2 jam sebelum makan.
(Selepas proses memecahkan dan mengeluarkan lemak berlaku, badan akan mula mengelambir. Pengambilan Slimmertique pada minggu kedua adalah untuk membentuk tubuh dan memejalkan daging bagi mengelakkan badan mengelambir.)
Pantang
Pengamal perlu mengelakkan diri dari mengambil minuman berais dan bergas.
Elakkan dari memakan makanan yang berlemak seperti roti canai, makanan bersantan, nasi lemak, makanan segera dan berminyak.
Minuman yang mengandungi kafien (caffeine) boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Kafien juga merupakan bahan yang sememangnya tidak baik untuk kesihatan di mana ia boleh merosakkan sistem saraf di dalam badan.
Makanan dan minuman yang manis dan terlalu banyak gula seperti kuih koci, donat dan teh tarik adalah tidak digalakkan sama sekali.
Makanan yang lambat hadam seperti daging lembu, daging ayam, daging kambing dan sotong menyukarkan sistem pencernaan. Ia boleh menyebabkan sembelit, kerana salur makanan di dalam perut menjadi sempit dan menyukarkan proses penurunan. Bagi individu yang sememangnya mengalami masalah pembuangan air besar, ia disebabkan oleh usus di dalam badan kecil.
Makanan yang disebutkan tadi akan menyukarkan lagi proses pencernaan.
Simpton Awal
Pening kepala - Disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkan kembali metabolisme badan.
Mengantuk - Ini kerana tahap kolesterol di dalam badan terlalu tinggi. Proses penurunan kolesterol akan menyebabkan tindak balas ini berlaku untuk 2 hingga 3 hari sahaja.
Najis menjadi hitam - Toksin di dalam badan akan dikeluarkan melalui najis yang menyebabkan najis berubah warna.
Perhatian
Sekiranya anda mengambil ubatan herba ini, anda tidak memerlukan sebarang makanan kesihatan tambahan yang lain kerana kandungan herba ini telah memenuhi semua zat yang diperlukan oleh badan dan baik untuk kesihatan.
Pengguna perlu minum air suam sekerap yang mungkin bagi memudahkan proses penyingkiran kandungan toksin di dalam badan dan mengelak badan menjadi panas. Ini kerana pengambilan herba akan meningkatkan metabolisma badan seterusnya menyebabkan badan menjadi panas.
Bagi wanita yang datang haid, hentikan pengambilan 1001 Lucidum sahaja. Bagi wanita yang mengandung pula, sila hentikan pengambilan set ini.
Dengan pengambilan Slimming Set sesetengah individu akan mengalami tindakbalas hormon seperti datang bulan (haid) cepat atau terlewat. Proses tindakbalas hormon ini tidak mendatangkan sebarang masalah. Ia hanya bersifat sementara dan akan kembali normal.
Jika lewat datang haid, dapatkan pemeriksaan doktor dan pastikan samada anda hamil atau tidak kerana produk ini tidak boleh diambil oleh wanita yang hamil.Jika didapati tidak hamil tetapi masih juga mengalami masalah haid, sila buat pemeriksaan sekali lagi untuk kepastian.
Remaja atau lelaki lebih cepat mengalami kadar penurunan berat badan.
Pada awal pengambilan set ini, darah haid akan berbau dan keluar secara berketul-ketul kerana 1001 Lucidum turut mencuci rahim wanita. Selepas itu, darah haid akan kembali normal.
Wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur digalakkan mengambil D'Folia dan Sedu" Arrow terlebih dahulu sebelum mengambil Slimming Set.
Masalah ini perlu diatasi terlebih dahulu kerana ia akan menyukarkan penurunan berat badan.
Individu yang menghidap migrain, gastrik, darah tinggi atau sebarang penyakit hendaklah mengambil produk ini 15 - 30 minit selepas makan. Ini adalah kerana sistem dalaman mereka lemah.
Pengambilan 15-30 minit sebelum makan adalah lebih baik kerana produk ini aktif ketika perut belum menerima sebarang makanan.
Anda dinasihati supaya bersabar kerana kadar penurunan berat badan, sama ada cepat atau lambat bergantung pada sistem dalaman, tahap kesihatan dan jenis kegemukan yang dialami oleh individu tersebut.
Jika dalam tempoh 3 bulan masih belum mengalami sebarang penurunan, tambah dos Garlic Plus dari 2 kapsul kapada 3 kapsul.Walau bagaimanapun, pihak kami tidak akan menanggung risiko jika pengguna ingin mencubanya.
Ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan Slimming Set. Tetapi dilarang sama sekali mengambil 1001 Lucidum pada dos yang berlebihan.
Setelah memperolehi berat badan yang ideal bolehlah menghentikan pengambilan Slimming Set.
Wanita yang dalam pantang tidak dibenarkan mengambil Slimming Set. Hanya dibenarkan mengambilnya selepas tiga bulan(bagi mereka yang tidak menyusukan bayi) manakala empat bulan (bagi mereka yang menyusukan bayi).
Cara Pemakanan Yang Disarankan
Sarapan Pagi:
1 keping roti berserat tinggi
Segelas susu berkalsium tinggi
Makan Tengahari dan Malam:
Bubur nasi berlauk atau
Satu cawan nasi bersama satu cawan sayur,satu ekor/ keping ikan,sekeping tauhu atau tempe.
Amalkan memakan sayur kekacang.