|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Nov 29, 2004 9:04:09 GMT -5
Set ini menyediakan keperluan penting yang diperlukan oleh wanita dari peringkat remaja hingga dewasa.Formula-formula khususnya membantu wanita yang mengalami masalah dari permulaan haid hingga menopaus. Menstorm Bagi sesetengah wanita, haid merupakan masalah besar yang dialami kerana kesakitan akibat senggugut sepanjang tempoh haid.Ia disebabkan oleh salur fallopian yang sempit dan menyukarkan darah haid untuk mengalir keluar ke bahagian faraj. Oleh itu,ubatan herba ini di rumus khusus bagi membantu wanita yang mengalami masalah ini. Ia turut membantu melancarkan pusingan haid agar lebih teratur. Sedu Arrow Untuk wanita yang berusia 30 tahun ke atas.Ia berfungsi menyihatkan rahim bagi mengatasi masalah wajah pucat, mengimbangkan hormon dan mood yang mula tidak stabil, mencegah pigmentasi dan pengambilan awal akan melambatkan proses menopaus yang akan dialami oleh setiap wanita. Bagi individu yabg kurang subur disarankan mengambil Sedu' Arrow yang bertujuan menyuburkan ovari. Ammy Sixty Days Ia merupakan set langkap yang mengandungi ubatan herba bagi kegunaan wanita selepas bersalin selepas bersalin untuk tempoh 60 hari (sepanjang tempoh berpantang).Ia merangkumi 6 botol ubatan berba berbentuk kapsul untuk penjagaan dalaman dan 5 ubatan herba untuk kegunaan luaran iaitu Tummy Tone, Body Tone, minyak bayi, minyak urut dan minyak panas untuk ibu.
|
|
kiwi
New Member
Posts: 1
|
Post by kiwi on Mar 1, 2005 2:20:43 GMT -5
Nak tanye skit ,untuk mengubati keputihan nak ambil set yg mana?And also i ada masalah jerawat kat dagu, so my fren say ada masalah kat bhgn peranakan, tapi i blum kahwin.
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Mar 7, 2005 4:46:43 GMT -5
Nak tanye skit ,untuk mengubati keputihan nak ambil set yg mana?And also i ada masalah jerawat kat dagu, so my fren say ada masalah kat bhgn peranakan, tapi i blum kahwin. terdapat banyak produk yang baik untuk mengubati penyakit keputihan. jika awak mahu produk sendayu tinggi, awak boleh cuba makan D`folia sendayu tinggi. dua kapsul pagi dan malam dan ia terdapat di mana2 outlet kami. untuk masalah jerawat di bawah dagu tu, sepanjang pengetahuan saya, jerawat tiada kaitan dengan sistem peranakan. untuk mengatasi masalah jerawat tu, anda boleh cuba menggunakan krim rojer drpd keluaran Putri Binari. tetapi saya akan cuba mendapatkan penjelasan drpd doktor atau org yang lebih berpengetahuan. sekian.
|
|
|
Post by anishbegum on Apr 4, 2005 2:32:12 GMT -5
sy dah 7 bulan lepas bersalin sy tak ambil jamu masa pantang sbb anak tak cukup bulan jadi sekarang jamu apa yang patu sya ambil
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Apr 4, 2005 5:30:36 GMT -5
sy dah 7 bulan lepas bersalin sy tak ambil jamu masa pantang sbb anak tak cukup bulan jadi sekarang jamu apa yang patu sya ambil adakah puan bersalin secara normal atau operation?.. jika normal.. puan boleh menggunakan pelbagai produk untuk memperbaiki dan mengekalkan struktur badan, rahim dan sebagainya.. jika operation.. puan perlu memastikan luka-luka di dalam badan puan pulih sepenuhnya.. jika masih terasa seperti bisa-bisa, puan boleh mengambil produk jeli gamat atau makanan lain berasaskan gamat. jika puan sudah sihat sepenuhnya selepas bersalin.. puan boleh mengambil woman set seperti di atas atau mengambil produk2 kesihatan yang lain seperti perawatan wanita mustika ratu, putri binari drpd tani pharma dan sebagainya.
|
|
|
Post by nurra07 on Apr 13, 2005 2:14:15 GMT -5
nak tanya untuk set selepas bersalin ... yang saya lihat di sini ialah ammy sixty. bolehkah saya dapatkan keterangan lengkap tentang produk tersebut dan bagaimana saya boleh memesannya. Saya sekarang sedang mengandung 7 bulan ... jika ada apa2 cadangan lain tolong kemukakan... terima kasih
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Apr 13, 2005 3:22:05 GMT -5
nak tanya untuk set selepas bersalin ... yang saya lihat di sini ialah ammy sixty. bolehkah saya dapatkan keterangan lengkap tentang produk tersebut dan bagaimana saya boleh memesannya. Saya sekarang sedang mengandung 7 bulan ... jika ada apa2 cadangan lain tolong kemukakan... terima kasih Ammy Sixty Days ni adalah ubat untuk wanita yang lepas bersalin. ia terbahagi kepada 6 ubat iaitu 1. Ammy Sixty Days ( 1-10 hari ) 2. Ammy Sixty Days ( 11-20 hari ) 3. Ammy Sixty Days ( 21-30 hari ) 4. Ammy Sixty Days ( 31-40 hari ) 5. Ammy Sixty Days ( 41-50 hari ) 6. Ammy Sixty Days ( 51-60 hari ) setiap ubat tersebut mempunyai fungsi2 tersendiri.. 1. Ammy Sixty Days ( 1-10 hari ) produk ini dirumus khas untuk mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/ darah meroyan ketika berpantang. ia juga berfungsi utk membuang dan menghalang angin daripada memasuki tubuh. tubuh akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. ia juga untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan perjalanan darah tanpa rasa sakit. 2. Ammy Sixty Days ( 11-20 hari ) Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh. 3. Ammy Sixty Days ( 21-30 hari ) Merapatkan otot2 rahim dan tulang punggung selain membaikpulih luka dalaman setelah bersalin. selain drpd itu, ia menambah tenaga dan menambah darah. 4. Ammy Sixty Days ( 31-40 hari ) Untuk merehatkan otot rahim, menambah darah selain memberikan ibu tenaga. mengecutkan rahim kembali ke asal dan menyembuhkan luka dalaman. pada masa yang sama ia mengembalikan bentuk badan kepada asal dan ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan suami isteri selepas berpantang. 5. Ammy Sixty Days ( 41-50 hari ) bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim serta mengekalkan otot girl thingy dan bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam. 6. Ammy Sixty Days ( 51-60 hari ) Selepas berpantang 44 hari, ubat terakhir ini berfungsi utk membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa was-was.
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Apr 13, 2005 3:35:22 GMT -5
Untuk Penjagaan Luar..
Ammy Heat.
Minyak panas berwarna hijau diperbuat drpd extrak rumpai laut dan daun jemulur. Ammy Heat digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu drpd badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan untuk melancarkan peredaran darah keseluruh badan.
Ammy Massage.
Ia baik utk mengurut ( membaikpulih otot dan urat ), melancarkan peredaran darah, menghaluskan kulit, menjauhi drpd angin meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
Oil Of Telon
Sesuai digunakan utk bayi utk mengatasi masalah kembung perut, selsema dan batuk serta kahak. utk kegunaan luaran sahaja.
Tummy Tone
ia berbentuk serbuk halus yang terdiri drpd akar laut, kulit kuning dan buah kedeka dirumus khas utk masalah perut menggelembir, buncit, rekahan di bahagian perut dan paha ketika mengandung serta mengecutkan otot luaran perut.
Body Tone
Utk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah angin masuk ke badan dan kulit berkedut selepas bersalin.
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Apr 13, 2005 3:53:17 GMT -5
Cara Penggunaan Yang Betul..
Untuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari ( pagi, tghari, petang ) mengikut hari yang telah ditetapkan. kepada ibu yang menyusukan anak, sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, kurangkan dos pengambilan kepada 2 kapsul 2 kali sehari. sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61 bermula drpd botol pertama dan seterusnya..
ketika diurut oleh bidan, hendaklah menggunakan Ammy Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. selepas diurut, badan tida perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke dalam badan dan memanaskan badan secara perlahan-lahan.
Campurkan body tone dengan sedikit air, kemudian sapukan keseluruh badan. ia mampu menyegar, memanas dan mencantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki angin.
Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka dan perahan limau nipis. kemudian sapukan pada perut. biarkan sehingga kering, kemudian barulah memakai bengkung. ia bertujuan untuk mengatasi masalah perut buncit, mengelambir dan rekahan terutama pada bahagian perut dan paha ketika mengandung. manakala wanita yang bersalin melalui pembedahan, jarakkan sapuan pada perut sebanyak 2 hingga 3 inci.
Selepas memakai bengkung, sapukan Ammy Heat dari buku lali ke bawah ( hingga hujung kaki ) sebelum memakai stokin bagi melancarkan peredaran darah keseluruh badan.
Bagi wanita yang bersalin secara normal, digalakkan bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu selepas bersalin. manakala wanita yang bersalin secara pembedahan, elakkan drpd bertungku dan berbengkung.
* Perhatian : Wanita yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah gatal-gatal atau ruam. Bagi mengatasinya, hentikan penggunaan Tummy Tone dan Body Tone tetapi teruskan pengambilan Ammy Sixty Days.
|
|
|
Post by linnieys on May 19, 2005 2:48:28 GMT -5
saya baru sahaja bersalin secara pembedahan.saya ingin memilik satu set pemakanan herba sendayu tinggi untuk masa berpantang.adakah set yang di khususkan untuk wanita bersalin secara pembedahan bagi mengembalikan bentuk tubuh yang langsing kembali khususnya bahagian perut.
|
|
|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on May 20, 2005 9:54:46 GMT -5
set bersalin utk sendayu tinggi boleh digunakan untuk perempuan yang bersalin secara pembedahan.
|
|
|
Post by noor2501 on Jul 11, 2005 1:57:58 GMT -5
-------------------------------------------------------------------------------- Pertama sekali saya menghadapi masalah haid yang tidak teratur dan saya juga berminat untuk mengambil produk slimming sendayu tinggi.produk apakah yang bagus untuk saya cuba untuk (haid) saya? dan masalah yang kedua berkenaan dengan kulit wajah muka penuh dengan bintik bintik hitam dan jerawat.kulit saya jenis yang berminyak. boleh saya tahu produk apa yang sesuai dengan saya dimana saya boleh membeli produk ini.saya tinggal di kawasan cheras dan bekerja di jln pudu.
|
|