Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Dec 6, 2004 4:35:50 GMT -5
Nama Syarikat : Era Edar Marketing Sdn. Bhd.
No. Pendaftaran: 502479 K
Alamat: Lot 4 & 6, Tingkat Atas, Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia
Tarikh Pendaftaran : 1hb. April 2001
No. Lesen: AJL 93286
Modal Dibenarkan : RM 1 Juta
Modal Berbayar : RM 1 Juta
Aktiviti: Jualan Langsung Berbilang Aras
Perubatan Homeopati, Biokimia Schuessler, Herbalisme dan Aromaterapi tergolong dalam perubatan alternatif adalah sangat berkesan dan mustajab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Kaedah perubatan alternatif mempunyai ciri-ciri istimewa membezakannya dengan perubatan konvensional yang begitu sinonim dengan masyarakat kita. Walaupun perubatan konvensional berpengaruh tetapi ini bukan bererti ia lebih baik dan sempurna. Antara ciri-ciri perubatan alternatif ialah:
Saintifik:
Kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah menurut kaedah moden dan saintifik. Kajian yang dijalankan adalah terhadap manusia dan bukannya terhadap haiwan makmal seperti yang lazimnya diamalkan dalam perubatan konvensional. Hanya melalui cara ini dapat dihasilkan keputusan yang tepat dan berguna.
Efektif:
Kajian dan penyelidikan yang teliti dengan rakaman pemerhatian yang kemas dan perumusan yang tepat menjadikan perubatan alternatif sangat berkesan dalam mengatasi pelbagai penyakit akut dan kronik.
Selamat:
Perubatan alternatif lazimnya tidak mempunyai kesan sampingan dan dengan itu adalah lebih selamat digunakan biarpun dalam tempoh yang lama. Ciri istimewa inilah yang menyebabkan perubatan alternatif mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia yang kian sedar tentang perlunya kaedah perawatan efektif dan selamat.
Tujuan
Menyediakan peluang perniagaan kepada individu yang berminat melalui sistem jualan langsung (pemasaran berbilang aras) iaitu satu kaedah pemasaran terkini dan dinamik dengan modal yang minimum tetapi pulangan yang maksimum. Melahirkan usahawan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi serta agresif dan berdaya saing. Berusaha melahirkan masyarakat yang sihat fizikal, mental dan emosi dalam memenuhi tujuan hidup yang lebih bermakna agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair
Misi
Mengedar produk kesihatan berasaskan Homeopati, Biokimia Schuessler, Herbalisme dan Aromaterapi secara pemasaran berbilang aras. EEMSB akan menuju era globalisasi sambil mengukuhkan hak Ahli dan kepuasan pengguna.
Visi
Menyedari kemanjuran dan kemurnian pelbagai terapi alternatif dalam rangka penjagaan kesihatan, maka syarikat beriltizam akan memperjuang dan mempertahankannya sedaya mungkin agar dikenali, diyakini serta diterima sebagai satu pilihan terunggul yang penuh dengan keinsanan.