|
Post by Serindu Herbs And Cosmetics on Aug 3, 2004 12:10:32 GMT -5
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Serindu Cyber Outlet adalah satu syarikat yang bergiat aktif dalam memasarkan ubat-ubatan tradisional dan juga kosmetik jenama luar dan di dalam negeri. Serindu juga mempunyai tiga cawangan di Sungai Petani Kedah. Ia dipunyai sepenuhnya oleh Bumiputera dan telah menceburi bidang ini selama 10 tahun.
Rata-rata kami mendapati, kebanyakan pengguna yang menggunakan produk tradisional dan kosmetik ini mengalami masalah mengenai kekurangan kefahaman dan tidak mengetahui cara yang betul untuk menggunakan ubat tradisional dan kosmetik. Kerana itulah timbul pelbagai isu yang sering terdapat di dada-dada akhbar pada masa kini.
Serindu Cyber Outlet ini dibangunkan bertujuan untuk memberi panduan, nasihat dan bimbingan ke atas kemusykilan yang anda hadapi berkenaan dengan sesuatu produk tradisional atau kosmetik. Pada masa yang sama, anda boleh berinteraktif dengan pengguna yang juga menggunakan produk yang sama.
Kami juga menerima pesanan daripada serata Malaysia khasnya dan dunia secara am nya..
Diharap, anda dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang diberikan oleh pihak Serindu Cyber Outlet.
Sekian.. Wassalam.
|
|